OfficeCentral Timesheets membolehkan anda merancang dan merekod setiap masa yang digunakan untuk menguruskan projek dengan mudah, dari mana sahaja. Anda tahu apa yang dilakukan, oleh siapa dan berapa lama masa yang diperlukan. Anda akan tahu berapa banyak masa projek digunakan dan berapa banyak baki masa yang diperuntukkan untuk sesebuah projek dan aktiviti. Anda akan dapat tahu dengan lebih awal sekiranya projek tersebut menjana keuntungan atau sebaliknya.
Dengan penggunaan teknologi awan dan segalanya boleh di akses secara dalam talian, anda akan kurang menggunakan kertas kerana semuanya boleh dicapai melalui komputer riba, komputer ataupun telefon mudah alih anda. Maklumat dikemas kini serta-merta untuk pengurusan.
Dengan sistem ini, anda boleh mendapatkan laporan secara lebih cepat dan mudah. Ini akan membantu anda untuk melakukan penambahbaikan terhadap proses kerja di syarikat anda dengan lebih cepat dan efektif.
Pengurusan Lembaran Masa Kakitangan OfficeCentral membolehkan kakitangan anda mengakses lembaran masa kerja mereka dari mana sahaja mereka berada. Ini amat penting terutamanya untuk kakitangan yang berada di lapangan. Dengan memudahkan mereka untuk mengakses modul ini, kakitangan anda akan dapat menjadi lebih produktif dan efektif dalam pekerjaan mereka.
OfficeCentral Cloud Timesheets membolehkan anda untuk menguruskan data secara terpusat. Kesemua data yang dimasukkan ke dalam sistem adalah dikemaskini secara masa nyata (real-time). Ini membolehkan anda, pasukan pengurusan dan projek untuk memantau penggunaan masa dengan lebih efektif dan juga memantau progres projek dengan lebih mudah.
Sistem ini menyediakan Penjejak Masa secara automatik, yang mana kakitangan anda boleh menekan butang untuk memulakan sesuatu tugasan dan juga apabila telah tamat tugasan tersebut. Sistem akan secara automatik merekodkan berapa banyak masa yang digunakan untuk tugasan tersebut dengan mudah.
Pengurusan Lembaran Masa Kakitangan OfficeCentral, OfficeCentral Timesheets, menyediakan modul perancangan masa aktiviti untuk membolehkan anda merancang masa yang akan digunakan untuk projek dan aktiviti yang akan dijalankan. Perancangan masa membolehkan anda untuk menguruskan masa anda dengan lebih efektif kerana mempunyai senarai kerja yang perlu dilakukan beserta anggaran masa yang diperlukan bagi setiap aktiviti tersebut.
Kakitangan anda juga boleh merekodkan penggunaan masa mereka sama ada secara harian ataupun mingguan dari mana sahaja mereka berada. Ini memudahkan penjanaan laporan tanpa perlu menghantarkan laporan secara manual atau menggunakan kertas kepada anda dan pihak pengurusan syarikat anda.
Sistem ini juga akan menjanakan laporan dan juga Dashboards untuk anda secara automatik dan boleh memberikan anda maklumat berdasarkan projek dan aktiviti. Ini memudahkan anda untuk membuat analisis data secara menyeluruh dengan mudah dan cepat.
"Syarikat kamisudah menggunakan sistem OfficeCentral selama lebih 5 tahun. Kami menggunakan sistem sejak kerajaan bermula implementasi sistem GST. kami amat berpuas hati dengan sistem ini seban kami dapat simpan and rekod bisnes harian kami, walaupun akses dengan menggunakan telefon pintar.
Sistem OfficeCentral sudah banyak membantu kami menyediakan invois, pesanan penghantaran, perakaunan, berhubung dengan para pelanggan dan kewangan. Harga sistem ini amat berpatutan dan dalam bajet kami untuk syarikat kami yang kecil. Semuanya dapat diakses dia dalam Cloud, tak perlu storan komputer yang besar.
Secara keseluruhannya, saya mengesyorkan sistem OfficeCentral kepada pengguna yang mencari sistem yang meliputi hampir semua aspek dalam perniagaan."
"Sistem OfficeCentral memudahkan kerja orang perakaunan kerana boleh menjana invois, voucher pembayaran dan pesanan pembelian dalam satu platform. Ia juga sangat user-friendly, orang yang tiada latar belakang akaun pun boleh menggunakan sistem OfficeCentral. Harga OfficeCentral juga mampu milik terutama sekali untuk PKS"
"Sistem OfficeCentral sangat memudahkan, senag nak akses sebab boleh lihat semua sistem dalam satu platform. Ia sangat user friendly dan boleh akses di mana sahaja menggunakan telefon, laptop, tab dan komputer."
"OfficeCentral sangat memudahkan. Semua invois dan resit dalam kawalan dan laporan senang dijana apabila diperlukan."
"Sistem OfficeCentral mudah diakses di mana-mana walaupun tiada di office dan sistem sangat la protect kerana mempunyai step step keselamatan sebelum ia generate ke report."
"OfficeCentral adalah sistem yang terbaik untuk PKS sebab OfficeCentral merupakan sistem yang simple yang dapat membantu usahawan mengurus prestasi dan hasil perniagaan yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa. Sistem solusi pengurusan syarikat, semuanya di satu tempat"