Penyelesaian OfficeCentral Cloud ERP kami direka khas untuk syarikat-syarikat PKS dan juga organisasi besar, menawarkan modul komprehensif yang disesuaikan untuk pelbagai fungsi perniagaan seperti perakaunan, sumber manusia, pengurusan inventori, dan banyak lagi. Dengan Kerjasama ini, pelajar anda akan mendapat pengalaman praktikal dalam menggunakan alat digital yang relevan dengan bidang pengajian mereka.
Bekalkan pelajar anda dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan di pasaran kerja pada masa kini. Dengan menguasai modul perisian kami, pelajar akan mempunyai pengalaman menggunakan perisian digital dalam pengurusan perniagaan. Ini akan meningkatkan kecekapan mereka dalam proses-proses perniagaan yang penting, sekaligus meningkatkan daya saing mereka selepas tamat pengajian dan memposisikan mereka sebagai aset yang berharga kepada potensi majikan.
Sesuaikan pengalaman pembelajaran berdasarkan latar belakang akademik dan aspirasi kerjaya pelajar anda. Sama ada mereka sedang mengejar ijazah dalam bidang perakaunan, sumber manusia, atau bidang berkaitan lain, pendekatan modular kami membolehkan mereka menumpukan kepada modul khusus yang sejajar dengan minat dan matlamat kerjaya mereka.
Berikan pelajar anda peluang untuk mengakses perisian ERP berasaskan teknologi awan terkini, OfficeCentral Cloud ERP, yang membolehkan mereka mendapatkan pengalaman langsung dan juga skil digital yang sedang tinggi permintaannya pada era digital ini.
Kami akan menyediakan latihan yang menyeluruh dan juga sumber sokongan untuk membantu ahli-ahli fakulti anda untuk mengintegrasikan perisian kami sebagai alat bantu mengajar dengan berkesan. Pasukan kami komited untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar untuk kedua-dua pensyarah dan pelajar.
Dengan kerjasama ini juga kita sama-sama mewujudkan peluang jaringan dengan profesional industri dan potensi majikan melalui rangkaian pelanggan dan juga rakan niaga kami.
Marilah berkolaborasi dengan kami untuk menyediakan pelajar anda dengan kemahiran praktikal dan pengalaman yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran kerja yang kompetitif hari ini. Bersama-sama, kita dapat bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan dan potensi generasi pemimpin seterusnya dengan skil dan pengetahuan untuk berkembang dalam era digital.
Hubungi kami hari ini untuk meneroka peluang bekerjasama dan mengambil langkah pertama menuju transformasi kurikulum anda dengan penyelesaian OfficeCentral Cloud ERP kami.
Tingkatkan potensi pelajar-pelajar anda dengan pengalaman pembelajaran secara praktikal yang mampu mempersiapkan mereka untuk kejayaan pada masa hadapan.
"Syarikat kamisudah menggunakan sistem OfficeCentral selama lebih 5 tahun. Kami menggunakan sistem sejak kerajaan bermula implementasi sistem GST. kami amat berpuas hati dengan sistem ini seban kami dapat simpan and rekod bisnes harian kami, walaupun akses dengan menggunakan telefon pintar.
Sistem OfficeCentral sudah banyak membantu kami menyediakan invois, pesanan penghantaran, perakaunan, berhubung dengan para pelanggan dan kewangan. Harga sistem ini amat berpatutan dan dalam bajet kami untuk syarikat kami yang kecil. Semuanya dapat diakses dia dalam Cloud, tak perlu storan komputer yang besar.
Secara keseluruhannya, saya mengesyorkan sistem OfficeCentral kepada pengguna yang mencari sistem yang meliputi hampir semua aspek dalam perniagaan."
"Sistem OfficeCentral memudahkan kerja orang perakaunan kerana boleh menjana invois, voucher pembayaran dan pesanan pembelian dalam satu platform. Ia juga sangat user-friendly, orang yang tiada latar belakang akaun pun boleh menggunakan sistem OfficeCentral. Harga OfficeCentral juga mampu milik terutama sekali untuk PKS"
"Sistem OfficeCentral sangat memudahkan, senag nak akses sebab boleh lihat semua sistem dalam satu platform. Ia sangat user friendly dan boleh akses di mana sahaja menggunakan telefon, laptop, tab dan komputer."
"OfficeCentral sangat memudahkan. Semua invois dan resit dalam kawalan dan laporan senang dijana apabila diperlukan."
"Sistem OfficeCentral mudah diakses di mana-mana walaupun tiada di office dan sistem sangat la protect kerana mempunyai step step keselamatan sebelum ia generate ke report."
"OfficeCentral adalah sistem yang terbaik untuk PKS sebab OfficeCentral merupakan sistem yang simple yang dapat membantu usahawan mengurus prestasi dan hasil perniagaan yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa. Sistem solusi pengurusan syarikat, semuanya di satu tempat"