OfficeCentral - Penyelesaian ERP berasaskan Awan anda untuk perniagaan anda.

Mula Menguruskan Hubungan dengan Pelanggan Anda melalui OfficeCentral CRM dengan fungsi E-Invois

Meningkatkan Jualan

Menambahbaik Hubungan Dengan Pelanggan Anda

Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral telah dibangunkan untuk membantu anda membina dan menambahbaik hubungan anda dengan pelanggan anda. Sistem ini menyediakan data yang terpusat yang membolehkan anda menyimpan dan mengakses data pelanggan dengan lebih mudah, termasuklah butiran kontak, sejarah pembelian, sejarah interaksi dan sebagainya. Dengan akses yang mudah terhadap data ini, anda akan dapat mengenalpasti, memelihara dan memberikan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan anda.

Proses Perniagaan dan Jualan yang Lebih Cekap

Sistem Pengurusan Pelanggan OfficeCentral membantu anda untuk menambahbaik proses perniagaan dan jualan anda agar lebih cekap. Ini membolehkan pasukan anda menjadi lebih produktif dan memastikan mereka mematuhi proses jualan standard yang telah ditetapkan.

Proses Perniagaan dan Jualan yang Cekap
Membuat Keputusan Taktikal

Membantu Membuat Keputusan Taktikal Dengan Lebih Cepat

Dengan kelebihan memiliki data yang terpusat, anda akan mendapat gambaran yang lebih tepat terutamanya dalam aspek jualah syarikat anda. Gunakan analisis dan laporan yang kami sediakan secara automatik untuk anda membuat keputusan dengan lebih baik dan juga lebih pantas.

Tingkatkan Automasi dan Produktiviti

Dengan menggunakan Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral, anda akan dapat meningkatkan automasi dan produktiviti syarikat anda kerana banyak proses akan dijalankan secara lebih cepat dan juga automatik. Pasukan anda juga dapat bekerjasama dengan lebih mudah dan cepat kerana mereka boleh mengakses data yang sama, dari mana-mana sahaja mereka berada.

Tingkatkan Automasi dan Produktiviti
Kebolehcapaian Mudah Alih

Kebolehcapaian Mudah Alih

OfficeCentral CRM mudah alih memastikan bahawa pasukan anda mempunyai akses ke data CRM penting, di mana pun mereka berada. Pasukan jualan anda yang berada di lapangan dapat mengumpulkan maklumat mengenai pelanggan mereka ke dalam sistem dengan mudah, dan anda juga dapat mengakses maklumat tersebut dari mana sahaja anda berada.

Meningkatkan Kepuasan Pelanggan

Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral dapat membantu anda meningkatkan kepuasan pelanggan kerana sistem ini dapat melengkapkan pasukan anda dengan semua maklumat pelanggan, yang membolehkan pasukan anda mendapatkan maklumat yang mereka perlukan untuk melayan pelanggan dengan baik. Kami juga mempunyai Portal Pelanggan yang memberikan membolehkan mereka mendapatkan servis layan diri untuk melihat sebutharga, invois dan resit yang dikeluarkan kepada mereka. Mudah, bukan?

Kepuasan Pelanggan yang Lebih Baik

Apakah modul-modul yang ada dalam Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) OfficeCentral?

Pengurusan Memimpin

Pengurusan Prospek

Di sini anda boleh menguruskan maklumat dan data prospek anda, dan juga menguruskan status perhubungan dan kontak prospek anda.

Pengurusan Akaun

Integrasi dengan E-Invois

Jimatkan masa dan kurangkan kesilapan semasa mengisi e-invois, anda boleh menyatukan semua data invois ke dalam satu tempat, memastikan pematuhan dengan piawaian cukai dan peraturan LHDN.

Pengurusan Akaun

Pengurusan Akaun Pelanggan

Dengan pengurusan akaun pelanggan, anda dapat menguruskan maklumat dan data pelanggan anda, serta melihat semula sejarah pembelian mereka dan menganggarkan pendapatan masuk dari pelanggan tersebut.

Pengurusan Potensi

Pengurusan Potensi

Dalam Pengurusan Potensi, anda boleh menguruskan projek dan penjualan yang berpotensi dalam satu tempat. Anda juga dapat melihat Anggaran Jualan yang dihasilkan secara automatik berdasarkan maklumat potensi yang telah dimasukkan tersebut.

Pengurusan Invois

Pengurusan Invois

Dengan Pengurusan Invois, anda dan pasukan anda dapat mengeluarkan sebutharga, penerimaan pesanan, invois, resit dan banyak lagi dengan lebih mudah dan cekap.

Pengurusan Buku Harga

Pengurusan Harga Produk dan Servis

Anda juga boleh menguruskan maklumat harga produk dan servis anda dengan lebih mudah. Dalam modul ini, anda boleh menetapkan harga produk dan servis anda berdasarkan jenis-jenis akaun dan juga dalam matawang yang berbeza.

Papan Pemuka dan Laporan yang dihasilkan secara automatik

Papan Pemuka dan Laporan yang dihasilkan secara automatik

Sistem akan menghasilkan papan pemuka dan juga laporan-laporan jualan secara automatik. Kini anda tidak perlu lagi menghasilkan laporan tersebut secara manual.

Tetapan & Konfigurasi

Tetapan & Konfigurasi

Terdapat beberapa tetapan yang dapat anda tetapkan untuk mengikuti polisi syarikat anda seperti pemboleh ubah pilihan, KPI dan industri.

KPI Jurujual

KPI Pasukan Jualan

Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral mempunyai modul pengurusan KPI pasukan jualan, yang mana anda boleh menetapkan KPI mereka seperti bilangan mesyuarat yang mereka perlu hadir, jumlah invois dan resit yang mereka perlu keluarkan, dan sebagainya. Ini membolehkan anda memantau prestasi pasukan jualan anda.

Pengurusan Mesyuarat

Pengurusan Mesyuarat

Dalam sistem ini juga, anda boleh menguruskan maklumat mesyuarat bersama pelanggan. Pasukan jualan anda boleh memasukkan maklumat mesyuarat mereka untuk memudahkan maklumat mesyuarat tersebut diakses semula pada masa hadapan.

Pengurusan Inventori

Pengurusan Inventori

Sistem ini adalah berintegrasi dengan Sistem Pengurusan Inventori sekiranya anda ingin menguruskan inventory produk anda. Apabila penjualan selesai, inventori akan dikemas kini secara automatik berdasarkan kuantiti yang dijual. Ini membolehkan anda mengesan inventori dalam waktu sebenar.

Portal Pelanggan

Portal Pelanggan

Portal Pelanggan OfficeCentral adalah cara mudah bagi perniagaan anda untuk membolehkan pelanggan anda log masuk secara layan diri ke portal pelanggan anda dan melihat data mereka.

Hantar SMS Pukal

B2B Portal

Melalui Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral, anda juga dapat mengakses B2B Portal yang merupakan Sistem eCommerce dalaman khas untuk pelanggan anda. Ini adalah amat penting terutamanya jika anda membekalkan produk ataupun servis perkhidmatan kepada pelanggan anda. B2B Portal memudahkan pembelian produk dan servis secara atas talian, dan pelanggan anda juga boleh membuat bayaran dengan mudah.

Hantar E-mel Pukal Dalam Talian

Hantar E-mel Secara Pukal

Melalui Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral, anda boleh menghantarkan email secara pukal seperti menghantarkan promosi khas, pengumuman dan sebagainya. (*dengan caj tambahan)

Bersepadu dengan OfficeCentral Perakaunan dan Perakaunan Automatik

Bersepadu dengan Modul-Modul lain dalam OfficeCentral termasuklah Perakaunan Automatik

Sistem Perhubungan Pelanggan OfficeCentral diintegrasikan dengan modul-modul lain dalam OfficeCentral seperti Pengurusan Inventory dan juga POS. Sistem Pengurusan Pelanggan OfficeCentral juga adalah berintegrasi dengan Perakaunan Automatik untuk menghasilkan transaksi perakaunan dengan serta-merta apabila pasukan penjualan anda mengeluarkan invois dan resit dari CPM tanpa perlu melakukan entri data secara manual. Kini anda dapat menghasilkan laporan perakaunan dengan pantas.

Profil Solusi Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) OfficeCentral untuk anda

Lihat Apa Para Pelanggan
Kami Katakan