Dengan Sistem Pengurusan Bajet OfficeCentral, anda boleh menguruskan belanjawan anda dengan lebih baik dan juga memperoleh maklumat dengan lebih cepat dan tepat terhadap perbelanjaan kewangan anda. Dengan sistem data berpusat, anda dapat mengakses data dari mana-mana sahaja tanpa perlu menunggu laporan dihantar kepada anda. Oleh itu, anda akan dapat mengenalpasti aliran kos dan kewangan anda. Data boleh didapati pada masa nyata (real-time), membolehkan anda mengoptimumkan peruntukan sumber anda dengan lebih cepat dan anda juga dapat membuat keputusan dengan lebih pantas.
Kini anda boleh mendapatkan akses ke data dan pengurusan bajet syarikat anda dari mana sahaja anda berada melalui mana-mana peranti seperti komputer anda di pejabat, komputer riba anda di rumah dan juga telefon bimbit anda semasa anda dalam perjalanan. Ini boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih pantas.
Dalam Pengurusan Bajet OfficeCentral, kami berhasrat untuk mengautomasikan proses manual sebanyak mungkin termasuk laporan dan papan pemuka yang dihasilkan secara automatik. Anda dapat melihat peruntukan, tempahan dan penggunaan anggaran dengan mudah pada bila-bila masa anda memerlukan.
Melalui Sistem Pengurusan Bajet OfficeCentral, anda boleh menyediakan belanjawan dan juga memperuntukkan sumber berdasarkan matlamat dan keperluan kewangan anda. Dengan data berpusat, semua orang yang bertanggungjawab akan dapat mengetahui peruntukan dan baki belanjawan yang boleh digunakan. Oleh itu, sekiranya timbul sebarang masalah, ini akan dapat membantu anda menyelesaikan masalah lebih awal dan bukannya kemudian. Semua data dikongsi di seluruh modul, oleh itu membolehkan ketelusan dalam pengurusan dan pemantauan belanjawan.
Sistem Pengurusan Bajet OfficeCentral membolehkan anda mewujudkan akauntabiliti kewangan dalam organisasi anda. Anda boleh memperuntukkan belanjawan kepada pasukan atau jabatan yang berbeza, memantau perbelanjaan mereka dan juga menguatkuasakan dasar tadbir urus kewangan dengan lebih efektif. Ini sekaligus akan menggalakan kakitangan anda memegang tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kedudukan kewangan syarikat dan memastikan pematuhan terhadap dasar kewangan syarikat anda.
Modul Pengurusan Bajet OfficeCentral adalah berintegrasi dengan modul-modul lain, yang membolehkan pasukan anda bekerjasama dengan lebih mudah. Hal ini kerana, sebarang rekod transaksi kewangan dari modul lain seperti Payment Voucher, Purchase Order, tuntutan dan sebagainya akan direkodkan secara automatik dalam Modul Pengurusan Bajet. Oleh itu, tidak perlu rekod secara berasingan, dan membolehkan pasukan anda mendapat jumlah baki bajet secara waktu nyata (real-time).
Kakitangan anda boleh mendaftarkan anggaran keperluan kewangan mereka dan memohon bajet tersebut melalui modul ini.
Peruntukan Bajet boleh dilakukan berdasarkan tahun belanjawan, jabatan dan juga lokasi dalam syarikat anda.
Pada masa tertentu, anda boleh menyemak semula bajet yang diperuntukkan. Anda boleh menambahkan atau mengurangkan keperluan bajet seperti yang diperlukan.
Proses pemindahan anggaran dari satu jabatan ke jabatan lain atau dari satu kod bajet ke kod yang lain boleh dilakukan di sini. Proses kelulusan dalam talian disediakan.
Setiap item bajet mempunyai kod mereka sendiri dan kod ini dihubungkan ke carta akaun. Anda boleh menguruskan tempahan bajet, bajet yang digunakan dan baki bajet melalui kod tersebut.
Dalam modul ini, anda boleh menetapkan tempoh belanjawan anda dan uruskan perbelanjaan menigkut bajet yang diperuntukkan untuk tempoh belanjawan tersebut.
Papan pemuka akan memberi anda visualisasi yang cepat dan mudah mengenai baki bajet, tempahan dan penggunaan kewangan anda dalam paparan grafik.
Pengurusan Bajet OfficeCentral adalah berintegrasi dengan modul lain seperti akaun, perolehan dan tuntutan. Membolehkan anda mengurus dan memantau anggaran anda dengan mudah.
Kakitangan anda boleh memilih bajet yang ingin mereka gunakan untuk pembelian / tuntutan. Setelah diluluskan, jumlahnya akan dipotong dari bajet tersebut secara automatik dan masa nyata (real-time). Ini membolehkan baki bajet dapat diketahui pada bila-bila masa sahaja dengan lebih tepat dan mudah.
"Syarikat kamisudah menggunakan sistem OfficeCentral selama lebih 5 tahun. Kami menggunakan sistem sejak kerajaan bermula implementasi sistem GST. kami amat berpuas hati dengan sistem ini seban kami dapat simpan and rekod bisnes harian kami, walaupun akses dengan menggunakan telefon pintar.
Sistem OfficeCentral sudah banyak membantu kami menyediakan invois, pesanan penghantaran, perakaunan, berhubung dengan para pelanggan dan kewangan. Harga sistem ini amat berpatutan dan dalam bajet kami untuk syarikat kami yang kecil. Semuanya dapat diakses dia dalam Cloud, tak perlu storan komputer yang besar.
Secara keseluruhannya, saya mengesyorkan sistem OfficeCentral kepada pengguna yang mencari sistem yang meliputi hampir semua aspek dalam perniagaan."
"Sistem OfficeCentral memudahkan kerja orang perakaunan kerana boleh menjana invois, voucher pembayaran dan pesanan pembelian dalam satu platform. Ia juga sangat user-friendly, orang yang tiada latar belakang akaun pun boleh menggunakan sistem OfficeCentral. Harga OfficeCentral juga mampu milik terutama sekali untuk PKS"
"Sistem OfficeCentral sangat memudahkan, senag nak akses sebab boleh lihat semua sistem dalam satu platform. Ia sangat user friendly dan boleh akses di mana sahaja menggunakan telefon, laptop, tab dan komputer."
"OfficeCentral sangat memudahkan. Semua invois dan resit dalam kawalan dan laporan senang dijana apabila diperlukan."
"Sistem OfficeCentral mudah diakses di mana-mana walaupun tiada di office dan sistem sangat la protect kerana mempunyai step step keselamatan sebelum ia generate ke report."
"OfficeCentral adalah sistem yang terbaik untuk PKS sebab OfficeCentral merupakan sistem yang simple yang dapat membantu usahawan mengurus prestasi dan hasil perniagaan yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa. Sistem solusi pengurusan syarikat, semuanya di satu tempat"