Dengan menggunakan sistem pengurusan ejen, anda dapat simpan data-data ejen anda dengan cepat dan mudah. Anda juga boleh merekrut ejen secara atas talian, tingkatkan jualan dan rangkaian ejen anda dengan lebih pantas tanpa had.
Sistem Pengurusan Ejen OfficeCentral mempunyai module komisyen dan ganjaran yang membolehkan anda set beberapa jenis komisyen dan juga insentif untuk ejen anda. Sistem akan mengira komisyen dan insentif secara automatik, dan ejen juga dapat melihat komisyen mereka pada bila-bila masa, sekaligus memberikan motivasi mereka untuk terus meningkatkan jualan mereka.
Membantu memberikan komunikasi yang efektif di antara HQ, stokis dan rangkaian ejen. Komunikasi dan capaian maklumat adalah penting bagi memastikan ejen anda mengetahui apa yang anda promosikan dan rancangkan supaya mereka dapat turut serta membantu anda meningkatkan jualan anda!
Anda sebagai HQ akan mendapat akses Prestasi Jualan bagi semua tahap level rangkaian jualan yang meliputi pelbagai peringkat secara terperinci dan tepat pada bila-bila masa. Ini akan memudahkan anda untuk memantau prestasi jualan rangkaian ejen anda dari mana sahaja anda berada.
Kami juga ada menyediakan B2B Portal. Ejen anda boleh memesan produk anda melalui B2B Portal ini dengan mudah dan juga membuat pembayaran secara atas talian. Sistem ini membantu anda menguruskan dan merekod pesanan yang diberikan oleh rangkaian jualan anda yang meliputi stokis dan ejen tanpa memerlukan anda menguruskan secara manual.
Anda sebagai HQ akan dibantu dan dibekalkan maklumat yang terperinci melalui sistem ini bagi memudahkan anda mengetahui prestasi jualan, produk dan tahap pencapaian rangkaian jualan dan ejen anda mengikut kemahuan syarikat.
Anda boleh menguruskan maklumat ejen anda dan juga mempunyai beberapa jenis ejen seperti "Master Stockist", "Stockist" dan sebagainya.
Anda juga akan mendapat satu landing page yang mana ejen anda boleh merekrut ejen-ejen lain untuk mendaftar secara atas talian. Setiap ejen akan mempunyai kod unik mereka yang tersendiri. Apabila terdapat ejen baru yang mendaftar menggunakan kod unik ini, mereka akan didaftarkan sebagai introducer kepada ejen baru tersebut secara automatik. Ini akan memudahkan anda melihat ejen anda yang rajin merekrut ejen lain utk menyertai program ejen anda.
Dengan B2B Portal, ejen anda boleh membuat pembelian secara dalam talian dari mana-mana sahaja mereka berada. Modul ini juga adalah berintegrasi dengan modul inventori, yang mana ejen anda akan dapat tahu berapa banyak inventori yang tersedia.
Anda boleh menguruskan kiraan komisen secara automatik melalui pembelian ejen anda menerusi B2B Portal. Anda juga boleh memproses Baucer Bayaran komisen melalui sistem ini dengan cepat dan mudah.
Sistem ini dibangunkan secara bersepadu dengan modul-modul lain termasuklah Perakaunan Automatik. Transaksi yang berlaku dalam modul ini akan menjana transaksi akaun secara automatik, sekaligus meningkatkan produktiviti pasukan anda.
Sistem ini telah dibangunkan berasaskan teknologi awan. Ini membolehkan anda, pasukan anda dan juga ejen anda untuk mengakses dari mana-mana sahaja mereka berada, pada bila-bila masa.
"Syarikat kamisudah menggunakan sistem OfficeCentral selama lebih 5 tahun. Kami menggunakan sistem sejak kerajaan bermula implementasi sistem GST. kami amat berpuas hati dengan sistem ini seban kami dapat simpan and rekod bisnes harian kami, walaupun akses dengan menggunakan telefon pintar.
Sistem OfficeCentral sudah banyak membantu kami menyediakan invois, pesanan penghantaran, perakaunan, berhubung dengan para pelanggan dan kewangan. Harga sistem ini amat berpatutan dan dalam bajet kami untuk syarikat kami yang kecil. Semuanya dapat diakses dia dalam Cloud, tak perlu storan komputer yang besar.
Secara keseluruhannya, saya mengesyorkan sistem OfficeCentral kepada pengguna yang mencari sistem yang meliputi hampir semua aspek dalam perniagaan."
"Sistem OfficeCentral memudahkan kerja orang perakaunan kerana boleh menjana invois, voucher pembayaran dan pesanan pembelian dalam satu platform. Ia juga sangat user-friendly, orang yang tiada latar belakang akaun pun boleh menggunakan sistem OfficeCentral. Harga OfficeCentral juga mampu milik terutama sekali untuk PKS"
"Sistem OfficeCentral sangat memudahkan, senag nak akses sebab boleh lihat semua sistem dalam satu platform. Ia sangat user friendly dan boleh akses di mana sahaja menggunakan telefon, laptop, tab dan komputer."
"OfficeCentral sangat memudahkan. Semua invois dan resit dalam kawalan dan laporan senang dijana apabila diperlukan."
"Sistem OfficeCentral mudah diakses di mana-mana walaupun tiada di office dan sistem sangat la protect kerana mempunyai step step keselamatan sebelum ia generate ke report."
"OfficeCentral adalah sistem yang terbaik untuk PKS sebab OfficeCentral merupakan sistem yang simple yang dapat membantu usahawan mengurus prestasi dan hasil perniagaan yang boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa. Sistem solusi pengurusan syarikat, semuanya di satu tempat"